Khamis, 1 Oktober 2009

Kegagalan Dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia

Setiap tahun hampir 10% calon PMR gagal dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia. Mengapakah mereka gagal? Kegagalan mereka disebabkan oleh sikap mereka terhadap bahasa Malaysia.
Sebilangan pelajar memandang remeh terhadap subjek Bahasa Malaysia. Mereka tidak menyedari bahawa bahasa lisan berbeza dengan bahasa tulisan, iaitu bahasa baku. Dengan hal yang demikian, mereka lebih banyak menggunakan dialek ketika berhubung sesama mereka meskipun ketika di dalam bilik darjah.

Pelajar juga bersikap sambil lewa ketika membaca bahan yang berbahasa Malaysia. Mereka tidak berusaha untuk merujuk kepada kamus jika terjumpa sesuatu perkataan yang tidak diketahui maknanya. Lebih malang lagi apabila sebilang pelajar tidak membaca bahan bacaan yang bermutu. Mereka lebih gemar membaca majalah yang berunsurkan hiburan atau pun komik

Ketika di rumah pula, mereka jarang menonton program televisyen yang berunsurkan ilmiah seperti berita perdana, drama, atau filem dokumentari. Hal ini menyebabkan pengetahuan merekasangat dangkal. Dengan hal yang demikian, Tidak menghairankanlah jika mereka gagal dalam kertas karangan Bahasa Malaysia PMR.

Selain itu, masa yang terluang ketika waktu rehat tidak digunakan untuk membaca buku. Mereka lebih suka berkumpul di sesuatu tempat sambil berbual-bual. Sikap suka membazir masa ini melarat himgga ke luar sekolah, Budaya membaca seperti rakyat di negara maju tidak ditemukan di negara ini. Mereka membaca mengikut musim. Menjelang peperiksaan baharulah sibuk dengan buku-buku. Sikap negatif ini harus dikikis jika seseorang pelajar ingin maju dalam Bahasa Malaysia dan subjek-subjek lain.

Pencemaran bahasa oleh pihak media massa juga memainkan peranan ke arah kemerosotan bahasa Malaysia. Sebilangan pelajar yang lemah menjadi keliru dan terpengaruh. Dengan hal demikian, mereka akan membawa kesalahan bahasa itu hingga ke dewan peperiksaan.
Para pelajar haruslah mengubah sikap bahasa Malaysia. Perubahan sikap akan mengubah ‘nasib’ mereka. Bahasa Malaysia tidak halus dipandang remeh. Perubahan sikap akan memantapkan penggunaan bahasa Malaysia dan seterusnya lulus dalam peperiksaan dengan baik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan