Khamis, 1 Oktober 2009

Rakan Sebaya

Rakan sebaya bermaksud rakan yang seusia dan mempunyai kegemaran yang hampir sama. Kebiasaan mereka membentuk satu kumpulan yang terdiri daripada tiga hingga sepuluh orang.

Rakan sebaya memainkan peranan penting dalam kehidupan seseorang. Kumpulan rakan sebaya dapat membentuk perwatakan seseorang. Malah, kadangkala rakan sebaya ini menentukan perwatakan dan keperibadian seseorang. Jika seseorang itu menyertai satu kumpulan rakan sebaya yang baik, maka baiklah individu tersebut dan sebaliknya. Oleh itu, memilih rakan sebaya sangat pentingkepada para pelajar.

Di kalangan remaja, persamaan umur dan kegemaran memudahkan merka berkomunikasi antara satu dengan yang lain. Dalam keadaan seperti ini, mereka saling terpengaruh dan secara tidak langsung pembentukan disiplin berlaku dalam kalangan mereka. Biasanya, individu yang bersikap positif lebih berpengaruh dan menjadi ikutan yang lain. Dalam keadaan seperti ini, mereka saling terpengaruh dan secara tidak langsung pembentukan disiplin berlaku dalam kalangan mereka.biasanya, individu yang bersikap positif lebih berpengaruh dan menjadi ikutan yang lain. Dalam kumpulan rakan sebaya yang baik.mereka akan saling memberikan galakan, saling menasihati dan lebih cenderung kepada perkara-perkara yang baik. Pembentukan disiplin dalam kalangan pelajar berlaku secara semula jadi bagi kumpulan rakan sebaya yang baik.

Proses pembentukan disiplin lebih mudah berlaku dalam kumpulan rakan sebaya kerana faktor masa. Masa bersama-sama rakan sebaya bagi seseorang individu lebih panjang berbanding dengan ibu bapa atau guru di sekolah. Hal ini kerana pergaulan mereka meliputi masa persekolahan dan di luar waktu persekolahan. Dengan ini, mereka saling bertukar-tukar pendapat dalam menghadapi banyak situasi. Mereka sama-sama terlibat dalam proses membuat keputusan tentang sesuatu perkara yang dilakukan oleh mereka. Dalam keadaan inilah pembentukan disiplin dan perwatakan seseorang itu berlaku.

Kesimpulannya, memang benarlah rakan sebaya memainkan peranan penting dalam pembentukan disiplin seseorang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan