Khamis, 1 Oktober 2009

Masalah Vandalisme

Masalah vandalisme bukanlah isu baru di Malaysia. Perbuatan membinasakan dan merosakkan harta benda awam ini diistilahkan sebagai vandalisme.

Sering kali kita lihat banyak kemudahan awam seperti telefon, meter letak kereta, lif, dan tandas awam telah dirosakkan. Amalan buruk yang dilakukan oleh segelintir individu yang tidak bertanggungjawab ini memang sukar dibendung.

Perbuatan zsegelintir masyarakat yang suka melakukan kerosakan amatlah mendukacitakan. Kemudahan ini disediakan untuk keselesaan masyarakat. Seharusnya, kemudahan awam dijaga dengan sebaik mungkin.

Masyarakat perlu dididik tentang kewajaran menjaga kemudahan awam. Jumlah kerugian sebagai akibat perbuatan vandalisme ini amatlah besar. Justeru, perbuatan ini perlu dihentikan segera demi kebaikan semua pihak.

Oleh itu, sebagai anggota masyarakat kita haruslah menjaga kemudahan awam dangan sebaik mungkin demi kebaikan semua pihak.

Kegagalan Dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia

Setiap tahun hampir 10% calon PMR gagal dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia. Mengapakah mereka gagal? Kegagalan mereka disebabkan oleh sikap mereka terhadap bahasa Malaysia.
Sebilangan pelajar memandang remeh terhadap subjek Bahasa Malaysia. Mereka tidak menyedari bahawa bahasa lisan berbeza dengan bahasa tulisan, iaitu bahasa baku. Dengan hal yang demikian, mereka lebih banyak menggunakan dialek ketika berhubung sesama mereka meskipun ketika di dalam bilik darjah.

Pelajar juga bersikap sambil lewa ketika membaca bahan yang berbahasa Malaysia. Mereka tidak berusaha untuk merujuk kepada kamus jika terjumpa sesuatu perkataan yang tidak diketahui maknanya. Lebih malang lagi apabila sebilang pelajar tidak membaca bahan bacaan yang bermutu. Mereka lebih gemar membaca majalah yang berunsurkan hiburan atau pun komik

Ketika di rumah pula, mereka jarang menonton program televisyen yang berunsurkan ilmiah seperti berita perdana, drama, atau filem dokumentari. Hal ini menyebabkan pengetahuan merekasangat dangkal. Dengan hal yang demikian, Tidak menghairankanlah jika mereka gagal dalam kertas karangan Bahasa Malaysia PMR.

Selain itu, masa yang terluang ketika waktu rehat tidak digunakan untuk membaca buku. Mereka lebih suka berkumpul di sesuatu tempat sambil berbual-bual. Sikap suka membazir masa ini melarat himgga ke luar sekolah, Budaya membaca seperti rakyat di negara maju tidak ditemukan di negara ini. Mereka membaca mengikut musim. Menjelang peperiksaan baharulah sibuk dengan buku-buku. Sikap negatif ini harus dikikis jika seseorang pelajar ingin maju dalam Bahasa Malaysia dan subjek-subjek lain.

Pencemaran bahasa oleh pihak media massa juga memainkan peranan ke arah kemerosotan bahasa Malaysia. Sebilangan pelajar yang lemah menjadi keliru dan terpengaruh. Dengan hal demikian, mereka akan membawa kesalahan bahasa itu hingga ke dewan peperiksaan.
Para pelajar haruslah mengubah sikap bahasa Malaysia. Perubahan sikap akan mengubah ‘nasib’ mereka. Bahasa Malaysia tidak halus dipandang remeh. Perubahan sikap akan memantapkan penggunaan bahasa Malaysia dan seterusnya lulus dalam peperiksaan dengan baik.

Keruntuhan Moral

Isu keruntuhan moral dalam kalangan remaja menjadi tajuk perbualan hangat dewasa ini. Malah dari sehari ke sehari, masalah ini menjadi semakin kronik. Masalah ini begitu ketara di bandar-bandar besar.

Golongan remaja hari ini terlalu ghairah untuk meniru cara hidup Barat yang berunsur negatif. Kebanyakan remaja berasa megah apabila berambut punk, berpakaian selekah, berfoya-foya di taman-taman hiburan, bergaul bebas tanpa batas, melepak di pusat beli-belah dan mengamalkan pelbagai tingkah laku hyang tidak sopan. Tingkah laku mereka bukan sahaja tidak sesuai dengan adat sopan dan kebudayaan Timur, malah bertentangan dengan nilai agama.

Masalah ini berpunca daripada kurangnya didikan agama daripada ibubapa. Kebanyakan ibu bapa pada hari ini lebih mementingkan soal ekonomi dan kebendaan. Tanpa disedari mereka, tanggungjawab mereka terhadap anak-anak telah terabai. Sehubungan itu, masalah keruntuhan moral juga berpunca daripada kurangnya kasih sayang dan perhatian ibu bapa terhadap anak-anak mereka. Ibu bapa lebih bersedia memberikan wang kepada anak-anak tetapi tidak kasih sayang dan perhatian. Mereka telah menukarkan wang dengan kasih sayang. Tanpa disedari mereka, wang yang banyak itulah yang telah menghanyutkan anak-anak mereka daripada matlamat hidup yang sebenar.

Perubahan cara hidup masyarakat turut menyumbang kepada masalah keruntuhan moral. Kehidupan masyarakat hari ini lebih mementingkan diri sendiri. Mereka tidak pernah mengambil endah hal yang berlaku di sekelilingnya. Apatah lagi untuk menegur tingkah laku anak jiran mereka. Faktor yang saling berkait ini menyumbang kepada gejala keruntuhan moral dewasa ini.

Oleh yang demikian, sudah tiba masanya ibu bapa merenung kembali peranan dan tanggungjawab mereka dalam memberikan didikan agama kepada anak-anak. Didikan agama merupakan benteng paling apuh untuk menyekat gejala keruntuhan moral ini. Selain itu, pihak sekolah dan media massa perlu menjalankan peranan yang lebih berkesan dalam menangani masalah ini. Kesedaran perlu dipupuk semasa anak-anak di bangku sekolah lagi.

Masyarakat Yang Suka Membuang Sampah

Sikap masyarakat yang suka membuang sampah di merata-rata tempat bukanlah cerita baru. Malah, di mana-mana saja situasi yang menyesakkan pandangan ini masih berlaku.

Gejala buruk ini dilakukan oleh segenlinir masyarakat yang mementingkan diri sendiri dan terhakisnya rasa tanggungjawab. Lazimnya, mereka beranggapan bahawa kawasan awam akan dibersihkan oleh orang lain.

Selain menimbulkan keadaan yang kurang menyenangkan, pengumpulan sampah sarap juga dapat menyebabkan pelbagai penyakit. Situasi ini menimbulkan tanggapan yang kurang baik dalam kalangan pelancong juga.

Kempen kebersihan yang diluar-uarkan seumpama mencurah air di daun keladi. Hal ini mungkin berpunca daripada kegagalan pihak yang bertanggungjawab dalam melaksanakan undang-undang. Sikap sambalewa dalam mengenakan denda menyebabkan keadaan ini masih berterusan.

Kesimpulannya, semua pihak harus bertanggungjawab terhadap alam sekitar. Kebersihan menjamin kesejahteraan hidup.

Kewujudan Internet

Kemajuan dalam bidang komputer telah membawa kepada pewujudan internet. Internet membolehkan berjuta-juta pengguna komputer di seluruh dunia dapat berhubung antara satu dengan yang lain dalam suatu masa.

Hal yang demikian membolehkan pengguna komputer menghantar dan menerima e-mel atau surat elektronik. Bersama-sama dengan e-mel, pengguna juga boleh menghantar fail atau data. Misalnya, seseorang penulis tidak perlu mengeposkan hasil karyanya sebaliknya boleh menghantarnya kepada seseorang hanya melalui e-mel.

Selain itu, pengguna yang mempunyai kemudahan internet boleh bercakap secara terus dengan pengguna di seluruh pelosok dunia. Seorang bapa boleh bercakap dengan anaknya yang sedang menuntut di negara Jepun melalui program mel suara ini. Dengan hal yang demikian, bil telefon tidak melambung berbanding dengan berhubung secara biasa melalui telefon.

Yang lebih canggih lagi ialah persidangan video. Melalui persidangan video, pengguna boleh saling menonton gambar yang diperoleh melalui kamera. Melalui persidangan video, sekumpulan pelajar boleh mengadakan forum, perbincangan, atau seminar walaupun berjauhan. Persidangan video juga bermanfaat bagi profesion kedoktoran atau kejuruteraan.

Kemudahan internet juga membolehkan data penting disimpan dalam pelayan atau pangkalan data yang lebih besar. Pengguna juga dapat memindah terima perisian komputer, lagu, gambar, dan video daripada pengguna lain.

Dalam bidang kewangan, pengguna dapat membeli barangan, menghantar borang permohonan kerja, kemudahan perbankan seperti menyemak baki wang di bank, dan pelbagai kemudahan bank yang lain.

Internet telah mewujudkan dunia tanpa sempadan dan kebebasan maklumat. Memandangkan faedah internet sangat banyak, negara kita berusaha ke arah pencapaian internet bagi semua rakyat.

Rakan Sebaya

Rakan sebaya bermaksud rakan yang seusia dan mempunyai kegemaran yang hampir sama. Kebiasaan mereka membentuk satu kumpulan yang terdiri daripada tiga hingga sepuluh orang.

Rakan sebaya memainkan peranan penting dalam kehidupan seseorang. Kumpulan rakan sebaya dapat membentuk perwatakan seseorang. Malah, kadangkala rakan sebaya ini menentukan perwatakan dan keperibadian seseorang. Jika seseorang itu menyertai satu kumpulan rakan sebaya yang baik, maka baiklah individu tersebut dan sebaliknya. Oleh itu, memilih rakan sebaya sangat pentingkepada para pelajar.

Di kalangan remaja, persamaan umur dan kegemaran memudahkan merka berkomunikasi antara satu dengan yang lain. Dalam keadaan seperti ini, mereka saling terpengaruh dan secara tidak langsung pembentukan disiplin berlaku dalam kalangan mereka. Biasanya, individu yang bersikap positif lebih berpengaruh dan menjadi ikutan yang lain. Dalam keadaan seperti ini, mereka saling terpengaruh dan secara tidak langsung pembentukan disiplin berlaku dalam kalangan mereka.biasanya, individu yang bersikap positif lebih berpengaruh dan menjadi ikutan yang lain. Dalam kumpulan rakan sebaya yang baik.mereka akan saling memberikan galakan, saling menasihati dan lebih cenderung kepada perkara-perkara yang baik. Pembentukan disiplin dalam kalangan pelajar berlaku secara semula jadi bagi kumpulan rakan sebaya yang baik.

Proses pembentukan disiplin lebih mudah berlaku dalam kumpulan rakan sebaya kerana faktor masa. Masa bersama-sama rakan sebaya bagi seseorang individu lebih panjang berbanding dengan ibu bapa atau guru di sekolah. Hal ini kerana pergaulan mereka meliputi masa persekolahan dan di luar waktu persekolahan. Dengan ini, mereka saling bertukar-tukar pendapat dalam menghadapi banyak situasi. Mereka sama-sama terlibat dalam proses membuat keputusan tentang sesuatu perkara yang dilakukan oleh mereka. Dalam keadaan inilah pembentukan disiplin dan perwatakan seseorang itu berlaku.

Kesimpulannya, memang benarlah rakan sebaya memainkan peranan penting dalam pembentukan disiplin seseorang.

Kes Buli

Akhir-akhir ini, kes buli di kalangan pelajar kerap dilaporkan di media cetak. Mangsa buli bukan saja mengalami kecederaan, malah ada kes yang menyebabkan kematian.

Kes buli dalam kalangan pelajar lazimnya berpunca daripada perkara-perkara remeh seperti mangsa dituduh mencuri barang peribadi, enggan meminjamkan barang, dan sebagainya. Kebanyaknya kes tersebit berlaku di asrama sekolah.

Kita akui bahawa pada usia remaja, pelajar adakalanya agresif dan sukar mengawal perasaan. Namun tindakan melampau segentir pelajar memang tidak dapat dimaafkan.

Aspek nilai-nilai murni banyak ditekankan dalam kebanyakan subjek di sekolah. Pembinaan tingkah laku juga sering diterapnya dalam aktiviti kokurikulum. Namun begitu amat mengecewakan apabila amalan-amalan ini tidak dipraktikkan dengan sewajarnya.

Kesimpulannya, kejadian buli di kalangan pelajar haruslah dipantau dengan bijak. Sekolah sepatutnya menjadi medan menuntut ilmu, bukannya medan penderaan fizikal dan mental.