Khamis, 1 Oktober 2009

Masyarakat Yang Suka Membuang Sampah

Sikap masyarakat yang suka membuang sampah di merata-rata tempat bukanlah cerita baru. Malah, di mana-mana saja situasi yang menyesakkan pandangan ini masih berlaku.

Gejala buruk ini dilakukan oleh segenlinir masyarakat yang mementingkan diri sendiri dan terhakisnya rasa tanggungjawab. Lazimnya, mereka beranggapan bahawa kawasan awam akan dibersihkan oleh orang lain.

Selain menimbulkan keadaan yang kurang menyenangkan, pengumpulan sampah sarap juga dapat menyebabkan pelbagai penyakit. Situasi ini menimbulkan tanggapan yang kurang baik dalam kalangan pelancong juga.

Kempen kebersihan yang diluar-uarkan seumpama mencurah air di daun keladi. Hal ini mungkin berpunca daripada kegagalan pihak yang bertanggungjawab dalam melaksanakan undang-undang. Sikap sambalewa dalam mengenakan denda menyebabkan keadaan ini masih berterusan.

Kesimpulannya, semua pihak harus bertanggungjawab terhadap alam sekitar. Kebersihan menjamin kesejahteraan hidup.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan