Khamis, 1 Oktober 2009

Kes Buli

Akhir-akhir ini, kes buli di kalangan pelajar kerap dilaporkan di media cetak. Mangsa buli bukan saja mengalami kecederaan, malah ada kes yang menyebabkan kematian.

Kes buli dalam kalangan pelajar lazimnya berpunca daripada perkara-perkara remeh seperti mangsa dituduh mencuri barang peribadi, enggan meminjamkan barang, dan sebagainya. Kebanyaknya kes tersebit berlaku di asrama sekolah.

Kita akui bahawa pada usia remaja, pelajar adakalanya agresif dan sukar mengawal perasaan. Namun tindakan melampau segentir pelajar memang tidak dapat dimaafkan.

Aspek nilai-nilai murni banyak ditekankan dalam kebanyakan subjek di sekolah. Pembinaan tingkah laku juga sering diterapnya dalam aktiviti kokurikulum. Namun begitu amat mengecewakan apabila amalan-amalan ini tidak dipraktikkan dengan sewajarnya.

Kesimpulannya, kejadian buli di kalangan pelajar haruslah dipantau dengan bijak. Sekolah sepatutnya menjadi medan menuntut ilmu, bukannya medan penderaan fizikal dan mental.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan